Hadits-Hadits Yang Mewajibkan Memelihara Janggut Atau Jambang

Antara hadith-hadith sahih dari Nabi Shollallahu 'Alaihi Wasallam yang  menunjukkan wajibnya memelihara janggut dan jambang kemudian mewajibkan  orang-orang lelaki
beriman supaya memotong atau menipiskan misai mereka serta pengharaman dari
mencukur atau memotong janggut mereka ialah:

"Abdullah bin Umar berkata : Bersabda Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam :  Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan  tipiskanlah misai (kumis) kamu". H/R al Bukhari, Muslim dan al Baihaqi.

"Dari Abi Imamah : Bersabda Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam : Potonglah  misai kamu dan
peliharalah janggut kamu, tinggalkan (jangan meniru) Ahl al-Kitab". Hadith
sahih, H/R Ahmad dan at Tabrani.

"Dari Aisyah berkata : Bersabda Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam :  Sepuluh perkara dari
fitrah (dari sunnah nabi-nabi) di antaranya ialah mencukur misai dan
memelihara janggut". H/R Ahmad, Muslim, Abu Daud, at Turmizi, an Nasaii dan Ibn  Majah.

Bagi individu yang menjiwai hadith di atas pasti mampu memahami bahawa Nabi
Muhammad Shollallahu 'Alaihi Wasallam melarang setiap mukmin dari meniru atau  menyerupai suluk (tata cara) orang-orang kafir sama ada dari golongan Yahudi,  Nasrani, Majusi atau munafik. Antara penyerupaan yang dilarang oleh baginda  ialah berupa pengharaman ke atas setiap orang lelaki yang beriman dari mencukur  janggut
dan jambang mereka. Kemudian baginda melarang pula dari memelihara misai
(kumis) kerana dengan memelihara misai kemudian mencukur janggut telah
menyerupai perbuatan semua golongan orang-orang kafir. Antara motif utama
dari larangan baginda itu ialah agar orang-orang yang beriman dapat mengekalkan  sunnah supaya tidak mudah pupus di samping mengharamkan setiap orang yang  beriman dari meniru tata-etika, amalan dan tata-cara orang-orang kafir atau  jahiliah.

Larangan yang berupa penegasan dari syara ini telah dijelaskan oleh Nabi
Muhammad Shollallahu 'Alaihi Wasallam melalui hadith-hadith baginda. Terlalu  sukar untuk ditolak atau dinafikan tentang pengharaman mencukur janggut ini  kerana terlalu
banyak hadith-hadith sahih yang telah membuktikannya dengan terang tentang
pengharaman tersebut.

Memang tidak dapat diragukan, antara penyerupaan yang diharamkan oleh Nabi
Muhammad Shollallahu 'Alaihi Wasallam ialah meniru perbuatan orang-orang kafir  yang kebanyakan dari mereka lebih gemar mencukur janggut dan jambang mereka  kemudian membiarkan (memelihara) misai mereka sebagai hiasan. Ketegasan larangan  mencukur janggut yang membawa kepada penyerupaan masih dapat difahami melalui  hadith-hadith baginda yang seterusnya sebagaimana di bawah ini:

"Dari Ibn Umar ra berkata : Bersabda Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam :  Sesiapa yang menyerupai satu satu kaum, maka ia telah menjadi golongan mereka".  H/R
Ahmad, Abu Daud dan at Tabrani.

"Dari Abi Hurairah ra : Bersabda Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam :  Bahawasanya ahli syirik memelihara misainya dan memotong janggutnya, maka  janganlah meniru mereka, peliharalah janggut kamu dan potonglah misai kamu". H/R  al Bazzar.

"Bersabda Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam : Janganlah kamu meniru (menyerupai)  orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur)  janggut
mereka dan memanjangkan (memelihara) misai mereka". H/R Muslim.

"Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu. Di riwayat yang lain
pula : Potonglah misai kamu dan peliharalah janggut kamu". H/R al Bukhari.

Dari Abi Hurairah berkata : Telah bersabda Rasulullah Shollallahu 'Alaihi  Wasallam : Di antara
fitrah dalam Islam ialah memotong misai dan memelihara janggut, bahawasanya
orang-orang Majusi memelihara misai mereka dan memotong janggut mereka, maka
janganlah kamu menyerupai mereka, hendaklah kamu potong misai kamu dan
peliharalah janggut kamu". H/R Ibn Habban.

"Dari Abdullah bin Umar berkata : Pernah disebut kepada Rasulullah Shollallahu 'Alaihi  Wasallam seorang Majusi maka beliau bersabda : Mereka (orang-orang Majusi)  memelihara misai mereka dan mencukur janggut mereka, maka (janganlah menyerupai  cara mereka) tinggalkan cara mereka". H/R al Baihaqi.

"Dari Ibn Umar ra berkata : Kami diperintah supaya memelihara janggut".</div>
<div style="text-align: justify;">
 H/R Muslim.
</div>

Post a Comment

Silakan isi komentar disini

أحدث أقدم